Wow,satu hari penuh dengan misteri dengan pelbagai kejadian yang menarik dan sebaliknya.
Tepat pukul 11.30 aku dikejutkan dengan satu panggilan yang bernama Kfc's Enterprise. Katanya bahawa Thania tidak dapat hadir ke kerja kerana demam. Then aku diminta ganti lah kan. Biasalah,bila ada tidak dipeduli,bila tiada dicari-cari. haha. Aku bersiap mandi dan terus gerak ke tempat kerja dengan sepantas yang boleh. Kerja punya kerja,pukul 2 aku kena break. Then mengikut azhar iaitu star 3 kfc ataupun orang lama. Weh,6 tahun tanpa henti dia kerja kat Kfc tu. Pergh,tapi tak dpt naik manager sebab ada masalah yang misteri lah kan. hahaha. Haa,sebenarnya aku ikut dia hantar miss kami pergi meeting. Nak tahu macam mana dia bawak kereta? Macam Roller Coaster! Perasaan jelah. Tak laju mana pun,tapi menakutkan lah jugak sampai motor aku dilanggarnya. Memang cool,katanya biar motor kau,jangan kereta Kancil depan tu. Mahal kena bayar nanti. What The Fish.=..=
Okay,dah sampai kat tempat kerja balik macam biasa lah. ''Hai selamat datang bang,sihat?boleh saya ambil pesanan abang?''Nampak sangat robotik kat situ. 1000 customer datang 1000 kali lah aku kata macam tu.Penat memang penat. Tambah pula perangai budak sorang ni yang macam apa je. Bajet bukan main,tiru perangai senior. Kalau dah lama kerja aku tak kesah lah. Padahal baru je lagipun. Tanak mengutuk,tak baik tak baik.
Habis kerja aku ke cc pulak untuk melepaskan tension dengan bermain game League Of Legend(ala2 DOTA). Boleh tahan best juga lah game tu. Dekat satu jam lebih bermain aku pun balik dan berkata nite kepadanya.:)
Selesai sudah mengahabiskan ayam dan mandi. Then masa untuk tidur. Terima kasih kerana membaca. :)
No comments:
Post a Comment